Tuesday, January 18, 2011

skema

Apa yang dimaksudkan dengan skema? Anda mungkin pernah mendengar ayat sebegini…
“skemanya ngko”
“dia tu budak skema”
“ngko ni skema tul la”
“janganlah skema sangat”

Dari kajian yang dibuat sikap ‘skema’ ni disamakan dengan sifat jujur, lurus, dalam sesetengah situasi, dipanggil lurus bendul iaitu jujur yang terlalu lurus. Skema juga dipanggil sebagai ‘lambat pickup’ dalam sitasi lain, tapi keseluruhannya skema adalah sikap lurus, yakni jujur.
Secara positifnya sikap skema atau lurus ni adalah bukti kejujuran seseorang. Orang jujur sekarang memang senang kena tipu simply sebab sikap jujurnya.
Orang yang bersikap skema ni biasa mengikut saja tanpa banyak soal. Tak pernah terfikir untuk membantah, tak pernah terfikir untuk lari (escape) dari undang-undang, tak pernah terfikir untuk melakukan sesuatu yang bersifat nakal atau dalam bahasa Sabah dipanggil ‘jajal’.
Dalam era moden hari ini memang susah kita nak jumpa orang yang 100% jujur, humble tidak riak (Anda pasti setuju dengan saya).
Ingat tak lagi watak Fahri dalam novel Ayat-ayat cinta?
Dia sangat jujur, baik hati, setia dan sangat penyayang. Anda rasa ada lagi tak lelaki jujur macam Fahri sekarang ni? Mungkin Anda akan kata, lelaki camtu dah pupus! Sebenarnya ada, tapi cuma sedikit.

0 comments: